Tempat-tempat terkenal di Batu Pahat
Jika berkunjung ke Batu Pahat, tidak sah jika tidak singgah di "BENTENG"-suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital). Mi Bandung yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat dan lain-lain lagi. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, 'Benteng' terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah "mi racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.
Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatam dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.
Sunday, December 10, 2006
Subscribe to:
Comments (Atom)